Saturday 25 September 2010

Apabila ukhuwah kerana-Nya!



Pada suatu malam yang hening..

"Abang Adib.. betul ke sebelum ni abang pernah bergaduh dengan abang Zufar?"

Tanya seorang adik ketika saya dan Zufar sedang bersantai sambil menjamu mee cup. Lalu, saya menjawab;

"Ya, bahkan kami ini pernah bergaduh kerana perkara yang remeh."

Tergelak kecil adik-adik apabila mendengar jawapan tersebut. Lalu, ketika sedang menyuapkan mee yang agak panas ke dalam mulut. Dia bertanya lagi;

"Habis tu, kenapa sekarang ni abang Adib rapat dengan abang Zufar bagaikan kawan karib? Sedangkan dulu pernah bergaduh seperti kami.."

Saya terdiam seketika. Mulut yang dipenuhi mee ini tidak mampu berkata apa-apa. Apalagi Zufar, yang berada di sebelah saya juga terdiam sambil melayan mee-nya. Suasana menjadi sunyi seketika. Yang kedengaran hanyalah suara budak-budak lain di dalam dorm itu dan juga air tandas melimpah di dalam kolah yang berada di sebelah kiri dorm ini. Ya, benarlah apa yang kamu katakan wahai adikku yang disayangi.

Lalu dengan hati yang ada sedikit keraguan, saya menjawab;

"Kerana sifat ukhuwah-lah yang menjadikan kami begini."

Adik-adik yang lain kemudian tersenyum dan ada yang keluar ke tempat lain dan ada yang masih duduk di situ sambil perhatikan saya dan Zufar bersembang..

......

Itulah antara suasana yang masih canang di kotak fikiran. Terkenangkan detik-detik menjalankan dan menerima tarbiyyah bersama-sama sahabat adik-adik di asrama sekolah. Ingatan itu masih segar lagi dan sentiasa mendidik diri ini ketika mencari apa itu ukhuwah. Apa itu sahabat dan apa itu berkasih sayang kerana Allah swt.