Wednesday 19 September 2012

Usah Keringkan Air Mata-mu


Air mata ini, sentiasa berderau, hangat mengalir mengenangkan dosa-dosa yang menggunung yang telah kita lakukan. Hinggakan, terukir sebuah rekahan di belahan mata dan hidung kita. Tangisan, penyesalan, kekecewaan kita dalam mengharungi sebuah perjuangan. Acapkali, kita berjanji dengan menyakini, inilah dosa-ku yang terakhir, inilah yang kemaksiatan yang tidak akan aku ulangi lagi. Hati iltizam meninggi, semangat menyemarak berkobar-kobar. Tapi, semua itu adalah sebuah propaganda yang berada di awanan mimpi sahaja.

Tidak lama dari waktu yang telah kita janjikan, kita mengulang kembali dosa kita. Hilang segala apa yang telah kita janjikan. Malang. Apalah nasib ini. Apakah kondisi sebenarnya iman ini. Malu untuk berhadapan Allah, andai peluang itu ada, tidak dipalingkan kepala dan hati ini menghadap. Tapi, apakah kita boleh melarikan diri dari menunaikan fardhu solat yang semestinya akan menghadap dan bertemu Allah? Maka, kita bertemu dengan tertunduknya hati dan kepala ini.

Monday 10 September 2012

Usah Sedih, Bangkit!

Sedih, masih ada yang merungut ketidakpuas hati-an. Katanya suasana yang baik itu tidak ada, tetapi 'sahabat' kiri dan kanan ada di sekeliling mereka. Bahkan bertambah cukup baik, mempunyai roomate yang yang masih mengajak kepada kebaikan, ajak bangun subuh, ajak study, tunjuk qudwah dan paling minima ajak tunaikan perkara yang wajib. Tidak pun, ada senior-senior yang satu IPT yang masih boleh berpakat untuk berjumpa. Mungkin, boleh diaturkan sekali sebuah perjumpaan mingguan berbentuk halaqah, usrah, bulatan gembira, study-circle dan macam-macam lagi istilah yang diberi. Boleh kata, mereka ada dan dekat!


Mungkin, dia tidak nampak bagaimana kondisi dan situasi sahabat yang ada di IPT lain. Sahabat yang memang tiada 'sahabat' di situ. Bertambah, suasana yang sungguh liar dan berbeza. Boleh jadi sebagai pusat penyembelihan iman. Sungguh mencabar dan tidak tertahan kesukarannya. Tapi, masih ada yang merungut? Pelik dan tidak percaya. Di suatu tempat yang hidup berseorangan, dicari segala jenis kebaikan yang ada walaupun ianya sekecil zarah agar diri tidak terhanyut dan alpa. Mengharapkan amalan yang kecil itu yang melahirkan sesuatu yang bermakna.

Ini JalanNya!


Melihat jalan yang penuh ranjau ini, aku berasa suram. Kelam tidak ketahui ke mana arah-ku selepas ini.
Aku runsing malah bertambah duka saat aku memerlukan teman yang akrab pergi meninggalkan diri-ku.
Sehinggakan bila aku teliti onar dan liku jalan yang pasti ini, terasa goyah apakah ini jalan yang sebenarnya akan aku lalui?
Berat, terasa sungguh berat. Mengangkat beribu tan pun lebih ringan daripada aku komited dengan jalan ini.
Sebuah jalan yang tiada rehatnya, sebuah pengembaraan yang tiada keseronokannya, sebuah pengorbanan yang tiada usainya dan sebuah masa yang tiada noktahnya.

Aku terkaku, rasa ingin diputarkan masa yang telah berlalu. Rasa ingin kembali ke alam sekolah yang lebih menyenangkan.
Adanya teman dan sahabat yang memahami. Pembelajaran yang tidak terlalu memberatkan. Kesibukan yang tidak membataskan waktu-ku. Semua itu ingin aku putar kembali!
Tapi, apakan daya. Masa berlalu tanpa jemu dan cemburu. Berlalu dan terus berlalu sehinggakan masa yang ada makin terhakis dek kesibukan yang teramat.
Inikah dunia yang sering diuar-uarkan oleh orang tua-ku?

Andai ini jalannya, satunya jalan yang akan membawa-ku ke pengakhiran yang baik, yang akan mengumpulkan kami di sebuah tempat nan suci lagi tidak terjangkau dek inderamata.
Maka, akan ku tempuhi walau payah dan letih menjadi teman-teman-ku. Biar kepenatan dan kemalasan menjadi sahabat karib-ku yang sering setia betandang tanpa jemu.
Biar jiwa teragut, jasad terluka, kerna Syurga tidak setanding wang permata dunia. Tapi titisan darah dan peluh yang dicurahkan.

Ya, menggapai redha dan SyurgaNya bukanlah suatu impian yang mudah. Tapi, apakah ada jalan lain yang boleh menyelamatkan diri-ku suatu hari nanti?
Tidak.





Tuesday 4 September 2012

Perginya sahabat ke bumi Anbiya'


Aku peluk tubuhnya, memohon segala kemaafan atas kekhilafan-ku.
Wajahnya aku tatap, tanpa sedari bergenang air mata-ku ini.
Tangannya ku genggam, kalau boleh tidak ingin terlepas dari tangan-ku.
Bibir-ku ku ketap, kerana sungguh tidak tertahan perasaan yang hadir waktu ini.

.....................................

Ya Allah, jika masa itu dapat diputar itulah yang aku pinta! Tapi, apakan daya. Semuanya takdir yang telah Kau putuskan. Apa yang harus aku lakukan hanyalah pasrah dan redha. Moga pertemuan dan perpisahan ini, ada nilainya ya Allah. Kerna aku tahu, bertemu dan berpisah keranaMu akan mendapat perlindungan di akhirat kelak. Jadikanlah aset, agar kami dapat berkumpul kembali di suatu tempat yang penuh kebahagiaan.

Ya Allah, aku hanyalah manusia biasa, yang tidak bisa menahan segala perasaan hati. Aku juga adalah insan, yang sentiasa lemah dalam menghadapi ujian-Mu. Perkuatkanlah, teguhkanlah agar tabah hati ini.

Pilu hati, terkenang pahit manis perjuangan bersama. Down sama-sama, bangkit sama-sama. Tidak ada rasa putus asa yang kau terbitkan sepanjang kita bersama

Sunday 24 June 2012

Buat Sahabat di Bumi Perantauan


Kini, ianya menjadi sebuah bingkai kenangan dalam hidupku. Kehadiran mereka dalam dunia gelapku cukup memberi kesan. Senyum tawar mereka, lagat peribadi dan perangainya memberi sesuatu yang bermakna sepanjang hidupku bergelar seorang pelajar dan sahabat. Namun, tidak dinafikan adakalanya kami bersengketa, tetapi itulah fitrah dalam membina sebuah ikatan ukhuwah (persaudaraan). Bukanlah keindahan bersahabat itu, hanya terletak pada keseronokan, dan gelak ketawa, tetapi di manakah kepincangan dalam melahirkan buah kefahaman melalui ujian-ujian persengketaan, kesedihan itulah yang akan mewujudkan kemanisan indahnya bersahabat itu suatu hari nanti.

...................................................

Mereka... 

Ya mereka-mereka inilah yang telah meninggalkan bumi pertiwi tanah air demi melanjutkan pengajian dan pendidikan mereka. Merantau ke negeri jiran, Indonesia dan menyeberang merentasi lautan dan bumian untuk menjejakkan kaki di bumi anbiya, Sudan dan Mesir. Aku cukup

Friday 15 June 2012

Muslimah itu...

Dia, aku menjengah dari jauh. Melihat kerendahan hatinya, mengunci.. pangkal hatiku.

Aku terpana. Insan yang amat ku tidak sukai suatu masa dahulu. Kini menjadi insan yang cuba aku hindari.

Ya. Dia merupakan sahibah yang sangat ku kenali bermula di alam sekolah rendah. Menjadi sebutan nakalan sahabat berterusan sehinggalah kami meningkat di alam menengah.

Rendah pandangannya, rendah lagi rasa diriku. Tinggi ilmunya, tinggi lagi kelemahan dan kekuranganku.

Bersama sahabat, dia menjaga rapi perbatasan syarak. Bersama sahibah, dia menyantuni rakan-rakannya dengan menyenangkan.

Orangnya serius, berpandangan optimis walaupun acapkali aku kurang bersepakat dengan pandangan yang diutarakan. Sikapnya yang kadang-kadang agak degil tetapi sangat matang dalam

Friday 23 March 2012

SPM (Sijil Penentu Manusia) ??

Alhamdulillah, pujian setinggi-tinggi dilafazkan kepada Yang Maha Esa atas kurniaan limpahan rahmat dan hidayah. Penunjuk sepanjang jalan manusia daripada terjatuh ke jurang thogut dan wahana syirik. Ucapan syukur yang tidak terputus berkumat-kamit di mulut agar hati sentiasa redha dengan segela ketetapan yang telah ditentukan kepada kita. Semalam, hari yang ku nantikan telah tiba. Ingin melihat sejauh mana usahaku lebih kurang 3bulan yang lepas. Dan semalam(21/3), hasilnya telah keluar!

............

Aku terdiam, merenung seketika. Aku semak kembali sehelai tampalan kertas itu. Semak dan semak dan semak. Aku tertunduk, tapi masih terukir sebuah senyuman di bibirku. Lalu aku pergi menyindiri di suatu sudut untuk kembali bermuhasabah. Apakah benar Allah memakbulkan doaku? Atau Dia tangguhkan? Lalu, datang seorang sahabat menyapa ku. 'Dib.. macam mana result? Nta punya add-math ok? Math nta? Tercapai tak target nta?' Tiba-tiba ku tersentak, ku 'lari' kembali melihat kertas keputusan tu. Aku semak, ya Allah.. Barulah hikmahMu itu mulaku