Saturday 25 September 2010

Apabila ukhuwah kerana-Nya!



Pada suatu malam yang hening..

"Abang Adib.. betul ke sebelum ni abang pernah bergaduh dengan abang Zufar?"

Tanya seorang adik ketika saya dan Zufar sedang bersantai sambil menjamu mee cup. Lalu, saya menjawab;

"Ya, bahkan kami ini pernah bergaduh kerana perkara yang remeh."

Tergelak kecil adik-adik apabila mendengar jawapan tersebut. Lalu, ketika sedang menyuapkan mee yang agak panas ke dalam mulut. Dia bertanya lagi;

"Habis tu, kenapa sekarang ni abang Adib rapat dengan abang Zufar bagaikan kawan karib? Sedangkan dulu pernah bergaduh seperti kami.."

Saya terdiam seketika. Mulut yang dipenuhi mee ini tidak mampu berkata apa-apa. Apalagi Zufar, yang berada di sebelah saya juga terdiam sambil melayan mee-nya. Suasana menjadi sunyi seketika. Yang kedengaran hanyalah suara budak-budak lain di dalam dorm itu dan juga air tandas melimpah di dalam kolah yang berada di sebelah kiri dorm ini. Ya, benarlah apa yang kamu katakan wahai adikku yang disayangi.

Lalu dengan hati yang ada sedikit keraguan, saya menjawab;

"Kerana sifat ukhuwah-lah yang menjadikan kami begini."

Adik-adik yang lain kemudian tersenyum dan ada yang keluar ke tempat lain dan ada yang masih duduk di situ sambil perhatikan saya dan Zufar bersembang..

......

Itulah antara suasana yang masih canang di kotak fikiran. Terkenangkan detik-detik menjalankan dan menerima tarbiyyah bersama-sama sahabat adik-adik di asrama sekolah. Ingatan itu masih segar lagi dan sentiasa mendidik diri ini ketika mencari apa itu ukhuwah. Apa itu sahabat dan apa itu berkasih sayang kerana Allah swt.



Ada sebuah kisah:

Pada masa dahulu, terdapat sebuah tempat di mana pemerintahnya sungguh kejam, benci kepada Islam dan membunuh hampir kesemua penduduk muslim di kawasan tersebut. Sehinggalah pada suatu hari, 3 orang pemuda yang beriman telah ditangkap dan dibawa menghadap pemerintah ketika itu. Lalu, dengan tiada sifat berperikemanusiaan. Pemerintah itu menyuruh askar-askarnya menghumban 3 pemuda ini ke dalam penjara yang bertempat di dalam loji buangan sisa manusia di mana keluasan loji tersebut sungguh luas dan dalam.

Apabila dicampakkan pemuda-pemuda ini, berenang dan terapung-apung dengan menggunakan segala kudrat yang ada kerana di dalam itu tiada langsung kawasan darat. Tiada makanan dan tiada minuman bersih. Yang ada hanyalah air yang bercampur dengan sisa-sisa kumbahan buangan kafir-kafir laknatullah.



Hari berlalu tanpa mengenal waktu. Pagi atau malam tiada beza kerana gelap gelita menjadi santapan suasana. Oleh kerana terlalu lama bertahan. Tenaga dan kudrat bagi salah seorang daripada mereka kian menurun dan menjadi lemah. Maka, tenggelamlah dia keseorangan dibawa arus. Dengan perasaan kasihkan sahabat melebihi diri sendiri, dua orang sahabatnya yang lain risau dan menyelam untuk menyelamatkan. Cari dengan segala tenaga yang, akhirnya jumpa dan sempat diselamatkan. Apabila dibawa ke atas permukaan, terbalik, dua insan yang telah menyelamatkan dia pula yang terhanyut dan tenggelam. Tamat riwayat dua orang sahabatnya itu kerana hanya ingin menyelamatkan dirinya sahaja mengatasi diri mereka sendiri.

Inilah pengajaran yang boleh diambil. Kesahihan kisah ini mungkin samar. Tapi, intipatinya tidak dapat diragui. Yang menjadikan seseorang itu sanggup berkorban kerana sahabatnya ialah apabila hati nuraninya dibersihkan dan digilap dengan tarbiyyah yang diajar oleh Rasul kita. Benarlah kata-kata baginda,
 "Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana ia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirnya sendiri."
Wallahua'lam...
~Dedicated to akhi Zufar and akhi Zahid..

No comments:

Post a Comment