Thursday 25 November 2010

K.M.K (Kem Minda Kreatif) tiba lagi!

"Adib, aku tak sabar nak habis program kita ni.."

"Awat??" soalan dituju balik dalam kebingungan.

"Sebab tak sabar untuk KMK nanti, tetapi lama-lah nak menunggu bulan 12"

-Rungutan dan harapan seoramg sahabat, Solahuddin Hasan..

..............

Kem Minda Kreatif  yang pernah dianjurkan oleh badan organisasi Kelah Remaja Haluan (KeArah) zon wilayah tengah pada tahun 2009. Kini kembali lagi buat kali keduanya! Meh, sahabat-sahabat sekalian. Kita korbankan seketika waktu cuti kita untuk program yang lebih bermanfaat ini.

Tidak rugi sahabat-sahabat andai kita luangkan masa kita. Bukankah Allah berfirman di dalam surah at-Taubah ayat 41 yang bermaksud;

'Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui'

Ketahuilah, masa dan waktu kita terluang dengan perkara manfaat dan kebaikan. Ilmu dan pengalaman kita bertambah. Kesihatan fizikal dan mental meningkat daripada kita duduk berkubu di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Dan pelbagai lagi.

Tuesday 2 November 2010

Akademik vs Dakwah


'Jangan jadikan akademik kita, sebagai satu fitnah(kecacatan) kepada dakwah kita'

Kata-kata yang masih canang dan diingati sejak dulu. Kita mungkin sering menyibukkan diri dengan mengikuti program-program dakwah yang diadakan oleh pihak sekolah (skop penulis) ataupun mana-mana badan organisasi. Dipanggil untuk turun menghulurkan bantuan fizikal termasuk mental walaupun kita tahu penat dan lesu adalah bakal ganjarannya. 

Tapi, jangan kita lupa akan satu perkara yang sangat penting. Pentingnya bagi kita sebagai seorang insan yang bergelar pelajar. Apakah ia? Ia adalah akademik, dan pelajaran kita. Jangan dakwah kita terajui tetapi pelajaran kita tercicir di belakang tanpa sedari.

Bukan mengapa, ketahuilah wahai pembaca sekalian. Dunia pada hari ini berperang bukan dengan menggunakan pedang dan senjata yang bakal menjatuhkan si lemah. Tetapi berperangkan sijil yang diperoleh. Bukankah Nabi berpesan dalam hadis sahihnya;

"menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim"

Sedemikian itu, hadis ini menunjukkan bahawa menuntut ilmu itu perlu dan penting bagi setiap muslim, lelaki dan perempuan. Tidak dapat tidak, ia adalah wajib.

Kerana apa? Dan apakah yang dimaksudkan 'mencacatkan dakwah'?