![]() |
Sinar harapan yang kian dicari.. |
Diri ini bukanlah sekuat para Mujahid. Segagah para Syuhada. Lemah dan tidak bermaya. Tapi aku bersyukur pada Tuhan kerana telah menghantar penyelamat yang akan menarik aku keluar dari masalah yang aku sendiri timbulkan. Mereka itulah sahabat-sahabat aku.
Aku masih ingat, betapa dengan penuh kesabaran mereka membantu dengan memberi semangat dan kata pedoman. Kata-kata yang bisa menaikkan kembali diriku ini. Aku sedar, aku telah melakukan kesilapan besar ketika itu. Tapi, mereka tidak marah sama sekali pada apa yang telah aku lakukan sedangkan ia bertentang dengan diriku sebagai ketua mereka. Mereka menegur kekhilafan diri ini dengan penuh berhemah. Tiada kata-kata nista yang mencarik kain kemarahan aku. Subhanallah, sungguh malu aku terhadap diri mereka.