Sunday 31 October 2010

Oh 'Aku'..

Sinar harapan yang kian dicari..
Ingatan di benak fikiranku masih segar dan jelas akan sebuah ujian yang sangat perit untuk ditelan, pahit untuk dikenang dan sedih untuk menerimanya. Kealpaan aku ini telah membabitkan diri aku ke dalam kancah permasalahan. Tika diri ini hanyut ditenggelami kesusahan dan kepayahan. Dan cuba bangkit dengan segala kudrat yang ada, tapi apakan daya.

Diri ini bukanlah sekuat para Mujahid. Segagah para Syuhada. Lemah dan tidak bermaya. Tapi aku bersyukur pada Tuhan kerana telah menghantar penyelamat yang akan menarik aku keluar dari masalah yang aku sendiri timbulkan. Mereka itulah sahabat-sahabat aku.

Aku masih ingat, betapa dengan penuh kesabaran mereka membantu dengan memberi semangat dan kata pedoman. Kata-kata yang bisa menaikkan kembali diriku ini. Aku sedar, aku telah melakukan kesilapan besar ketika itu. Tapi, mereka tidak marah sama sekali pada apa yang telah aku lakukan sedangkan ia bertentang dengan diriku sebagai ketua mereka. Mereka menegur kekhilafan diri ini dengan penuh berhemah. Tiada kata-kata nista yang mencarik kain kemarahan aku. Subhanallah, sungguh malu aku terhadap diri mereka. 



..........

Sebuah kejadian yang masih basah dan baru lagi pada tahun lepas (2009). Kini, aku sering mengenangkan ia kembali. Bermain-main di dalam fikiranku. Banyak yang dapat aku ambil sebagai pengajaran atas kejadian yang menimpa diri ini.

Antaranya, kasih seorang sahabat dalam membawa diri ke arah kebaikan. Allahuakbar. Tidak akan aku lupakan jasa mereka. Dan dalam berkata-kata, jangan sesekali diselitkan kata-kata dusta lagi durjana yang akan mengguriskan salah satu pihak. Ia mungkin akan membawa kesan yang berpanjangan.

Hmm... Apakah kesilapan yang telah aku lakukan? Rahsia antara aku dan si dia, antara aku dan sahabat-sahabatku. Antara aku dan Penciptaku. Aku percaya segala yang terjadi, pasti akan ada hikmahnya. Semoga aku menjadi orang yang bersabar dengan kehendakNya. Wallahua'alm.

Quote from 'sahabat'


No comments:

Post a Comment