Thursday 25 November 2010

K.M.K (Kem Minda Kreatif) tiba lagi!

"Adib, aku tak sabar nak habis program kita ni.."

"Awat??" soalan dituju balik dalam kebingungan.

"Sebab tak sabar untuk KMK nanti, tetapi lama-lah nak menunggu bulan 12"

-Rungutan dan harapan seoramg sahabat, Solahuddin Hasan..

..............

Kem Minda Kreatif  yang pernah dianjurkan oleh badan organisasi Kelah Remaja Haluan (KeArah) zon wilayah tengah pada tahun 2009. Kini kembali lagi buat kali keduanya! Meh, sahabat-sahabat sekalian. Kita korbankan seketika waktu cuti kita untuk program yang lebih bermanfaat ini.

Tidak rugi sahabat-sahabat andai kita luangkan masa kita. Bukankah Allah berfirman di dalam surah at-Taubah ayat 41 yang bermaksud;

'Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui'

Ketahuilah, masa dan waktu kita terluang dengan perkara manfaat dan kebaikan. Ilmu dan pengalaman kita bertambah. Kesihatan fizikal dan mental meningkat daripada kita duduk berkubu di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Dan pelbagai lagi.


Malu? Segan? Tidak kisah-lah kita ini sudah mempunyai 'fikrah' atau tidak. Jangan malu dan segan untuk menyertainya. Kerana kita semua adalah sama dan Islam itu juga untuk semua! Bukan untuk golongan tertentu sahaja. Tetapi untuk semua waima untuk makhluk yang lain juga. Insya-Allah..

Oh ye, bukankah(bagi lelaki), suka akan kem lasak?? :D

Info #1

Info #2 *Baca dengan teliti agar faham dengan sebaiknya..

2 comments: