Tuesday 2 November 2010

Akademik vs Dakwah


'Jangan jadikan akademik kita, sebagai satu fitnah(kecacatan) kepada dakwah kita'

Kata-kata yang masih canang dan diingati sejak dulu. Kita mungkin sering menyibukkan diri dengan mengikuti program-program dakwah yang diadakan oleh pihak sekolah (skop penulis) ataupun mana-mana badan organisasi. Dipanggil untuk turun menghulurkan bantuan fizikal termasuk mental walaupun kita tahu penat dan lesu adalah bakal ganjarannya. 

Tapi, jangan kita lupa akan satu perkara yang sangat penting. Pentingnya bagi kita sebagai seorang insan yang bergelar pelajar. Apakah ia? Ia adalah akademik, dan pelajaran kita. Jangan dakwah kita terajui tetapi pelajaran kita tercicir di belakang tanpa sedari.

Bukan mengapa, ketahuilah wahai pembaca sekalian. Dunia pada hari ini berperang bukan dengan menggunakan pedang dan senjata yang bakal menjatuhkan si lemah. Tetapi berperangkan sijil yang diperoleh. Bukankah Nabi berpesan dalam hadis sahihnya;

"menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim"

Sedemikian itu, hadis ini menunjukkan bahawa menuntut ilmu itu perlu dan penting bagi setiap muslim, lelaki dan perempuan. Tidak dapat tidak, ia adalah wajib.

Kerana apa? Dan apakah yang dimaksudkan 'mencacatkan dakwah'?



Begini, andai kita seorang pelajar yang menuntut di sebuah institut pengajian dan masyarakat di sekeliling kenal akan diri kita yang merupakan seorang yang aktif dalam menjalankan kegiatan dakwah. Boleh dikatakan setiap hari, setiap waktu dan detik asyik sibuk dengan dakwah. Sehingga boleh dapat gelaran 'ustaz' dan sebagainya. Sampailah suatu masa, peperiksaan pun kian hampir dan berlangsung dengan pantas.

Tup-tap, keputusan dah keluar dan berada di tangan kita. Tapi hampeh! Teruk gaban. Markah yang diperoleh tidak seperti yang diharapkan. Inginkan emas, yang dapat hanyalah batu-batu di jalanan. Maka, bukankah ini merosakkan dakwah kita selama ini? Mungkin akan ada segilintir manusia yang akan berkata;

'Lah, asyik dok aktif kerja-kerja dakwah. Ingatkan bagus sangat pelajarannya. Tapi, lain pulak'

Habis, tidak begitu terukkah dakwah kita yang dipersalahkan. Hancur dan jatuh imej kita sebagai da'ie (pendakwah). Itulah yang dikatakan 'mencacatkan dakwah'.

Kalau begitu, lebih baik kita diam saja daripada orang tidak kenal siapa diri kita. Bukan? Oh tidak boleh begitu. Itu satu tafisran yang salah dan tidak kena.

We as a Muslim still must do our responsiblitity. But, the other responsible (akademik dan pelajaran) we shouldn't forget. Just balance both of them. Insya-Allah.

Lupakah kita bagaimana saudara-saudara seagama kita di Palestin. Hanya langit menjadi bumbung dan berdindingkan tembok pemisah. Masih sanggup berjihad mencari ilmu walaupun sering di tahan oleh tentera-tentera zionis Israel. Tidak malukah kita? Dengan kehidupan mereka yang begitu sempit dan susah. Masih ada semangat dan jiwa yang tinggi untuk menuntut ilmu.

Memang diakui bahawa menuntut ilmu adalah satu jalan yang sangat payah. Mungkin tidak faham dan sebagainya. Tetapi, bukankah Allah berfirman di dalam surah Asy-Syarh yang bermaksud;

"Maka sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan"

Tidak semua yang kita hajati dapat dengan begitu sahaja. Ada pengorbanan dan ada kesulitan di situ. Yang pasti, berusaha dan bertawakal. Insya-Allah. Yakinlah dengan ayat ini dan berdoalah kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan kita.

Konklusinya;
  •  Menuntut ilmu itu perlu dan berdakwah itu juga perlu. Seimbangkanlah antara keduanya dan jangan bagi ada kecacatan. Tidak manis apabila dipandang.
  • Haruslah di antara kita, seorang mas'ul (pembimbing) yang akan memantau segala kerja kita. Kerana mereka seperti penapis yang akan tapis segala gerak kerja kita yang mungkin tidak kena atau tidak seimbang.
  • Hayatilah kehidupan saudara-saudara Palestin kita. Bagaimana ijtihad (kegigihan) mereka yang menggunung tinggi. 
  • Berusahalah sehingga titisan darah yang terakhir. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment