Saturday 1 January 2011

Selamat Tahun Baru..

5.. 4.. 3.. 2.. 1.. SELAMAT MENYAMBUT KEMATIAN!! Eh! Kenapa bukan 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU?' Ialah.. dah ajal kita makin dekat. Orang makin lama makin tua, makin nak ke mati! Bukannya makin muda, makin sihat. Tidak begitu? Jadi, betullah istilah tadikan? Haa.. Sebenarnya bukan begitu. Itu hanyalah untuk memberi gambaran bahawa coretan hidup kita ini, makin menuju kepada ajal ataupun kematian. Di mana sesuatu yang pasti akan berlaku.

Tetapi, mari kita lihat dan renungkan negara kita yang tercinta ini. Bila nak dekat tahun baru saja. Pelbagai karnival, aktiviti, konsert yang karut-marut lagi membazirkan diadakan. Hampir di setiap pelusuk tempat kalau tidak ada, tidak sah! Apa gunanya semua itu? Kalau berlandaskan syariah sikit pun tidak mengapalah. Nak mengingatkan kita bahawa ajal makin mendatang dan sebagainya Ini tidak! Pelbagai maksiat berlaku. Dengan pergaulan bebasnya, tidak menutup auratnya, terjoget sana sini macam cacing kepanasan. Silap-silap pesta zina pun turut diadakan. Hmm.. Jadi nak tanyalah, apakah semua itu?



Bukankah semua itu hanya akan membawa kemurkaan Allah pada kita? Tidak kira yang baik, yang beriman, yang melaksanakan amal soleh juga turut bakal terkena tempiasan azabNya. Apatah lagi kepada mereka yang melakukan maksiat. Hmm.. Marilah kita 'check' diri kita. Apakah kita ingin menjadikan dunia ini sebagai suatu matlamat yang jelas atau kayu ukur kehidupan kita? Ataupun sebagai hamparan untuk kita melakukan apa-apa sahaja berlandaskan telunjuk nafsu dan syaitan laknatullah?

Wahai pembaca sekalian, dunia dijadikan bukan untuk sedemikian rupa. Andai diciptakan dengan semata-mata kerana perkara tersebut, yang tiada 'reason' yang sebenar atau alasan yang munasabah penciptaan manusia. Bukankah semua itu sia-sia? Allah S.W.T tidak bodoh dalam menciptakan sesuatu. Tetapi Allah S.W.T amat bijak dan teliti dalam penciptaan dan tujuan penciptaanNya. Allah S.W.T berfirman di dalam surah Az-Dzaariyat ayat ke 56 yang bermaksud;

"Dan tidak Aku menciptakan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku"

Bagaimana? Nak menyambut tahun baru. Tidaklah suatu yang berdosa. Tetapi, mengapa kita tidak ingin menyambut Tahun Islam kita, Hijrah dengan kesyukuran padaNya. Bukankah itulah sesuatu yang patut menjadi kebanggaan kita sebagai seorang umat Islam. 

Tahukah kita bahawa betapa susahnya Khalifah Umar Al-Khattab dan para sahabat yang lain dalam bermusyawwarah (berbincang) dalam mencipta kalendar Islam yang bakal digunakan oleh umat Islam seterusnya? Siapa? Siapakah umat Islam seterusnya? Kita adalah mereka yang dimaksudkan! 

Sebagai konklusi, marilah kita nujaddid (kita memperbaharui) paradigma, azam, semangat kita. Ingin menjadi seorang hamba yang lebih menuju kepada kebaikan dan ketaqwaan. Bak kata siaran Melodi; "Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi". Insya-Allah.. Maka, saya akhiri dengan kata-kata Amirul Mukminin yakni Saidina Umar al-Khattab; "Jadikan hari ini lebih baik dari semalam". Wallahualam, wassalamun alaikum dan Selamat Tahun Baru ^^. 

-Sekian. 

No comments:

Post a Comment