Saturday 1 January 2011

Fare well pal.. Maassalamah wa ilal liqo'

Assalamualaikum.. kepada sahabat2 sekalian. Sebelum diri kita membawa haluan masing2 sempena bukanya sesi persekolahan yg tidak lama lagi. Marilah kita 'post mortem' segala aktiviti2 yg telah kita lelah melakukan. Apakah ia bermanfaat? Apakah ia lebih baik dari tahun sebelumnya walaupun kebaikan itu tidak sebesar mana? Atau sama tidak ada yg berubah?

Tepuk dada, tanya iman yg terkandung di hati. Tidak lama lagi, saya percayai akan ada yg telah pergi mencari bas ekspress untuk bermastautin di sekolah masing2 yg tercinta. Meneruskan jihad kita yg tiada penghujungnya. Berijtihad tinggi dalam usaha meninggikan deen Islam. Berputih tulang untuk SPM di akhir tahun 2011. Tanpa sedari, inilah cuti yg terakhir kita sebagai seorang pelajar yg bersekolah. Zaman kita yg 'ayah, tak ada duitlah nak beli makanan' atau 'umi, baju dah kecik la'.

Semua ini, akan menjadi kenangan terindah buat diri kita. Di mana mungkin suatu hari nanti, kita yg akan berkata kepada anak2 kita; 'nak, sekolah elok2 ye'. Hmm.. Apa yg hatiku ingin bicarakan ialah, ''sahabat, ingatkah dikau pertemuan pertama kita di waktu dulu?'' Oh, hatiku menangis membayangkan soalan dan suasana itu. Tidak sanggup untuk menghayatinya. Apakah selepas ini, ada lagi peluang untuk kita semua bergurau, bergembira, berduka bersama? Atau duduk di sebuah kerusi yg rapat bersebelahan kiri dan kanan kita?



Sekuat dan setabah mana pun hati seorang lelaki itu akan ada tangisnya jua. Air matanya turun mengalir membasahi pipi. Hati murung mengenang semua ini. Apatah lagi seorang wanita yg fitrah berhati lembut. Wahai sahabat, setiap dari kita pasti akan ada melakukan kesilapan tanpa sedari. Janganlah jadikan kesalahan itu untuk menjauhkan diri seterusnya meninggalkan keseorangan. Terasing tanpa perhatian.

Walaupun sekolah, dan tempat tinggal kita berbeza, tetapi hati dan sefahaman kita tetap sama. Kerana apa? Apa yg menjadikan kita sama? Ia adalah kerana kita mempunyai Allah. Sedih, duka, pilu untuk menulis semua ini. Soalan yg ku takuti sejak dahulu. "APAKAH KITA DAPAT BERJUMPA LAGI?".

"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin.." 


Dedikasi khas buat semua sahabat2 kita sejak pertemuan pertama~

No comments:

Post a Comment