Tuesday 16 August 2011

CINTA BERPAKSIKAN WAHYU?!

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kesempatan yang ada dalam ruang kesibukan ini dapat lagi meneruskan perjuangan yang tidak pernah ada titik noktahnya. Tidak lupa juga, nikmat diberikan kesempatan berada di bulan yang penuh mulia ini, syahru ramadhan yang mana ianya menjadi rebutan para mukmin dan mukminat.

Pembaca sekalian..

Hari ini, saya telah diberikan kesempatan untuk menghadari sebuah forum yang amat jarang diadakan di sekolahku, SM Ibn Khaldun. Lebih-lebih lagi barisan panelnya terdiri dari jemputan khas seperti ustaz Ali Irfan b. Jamaluddin, Tuan Haji Rosdi Baharom, En Razali atau lebih dikenali sebagai Abu Ridhwan dan penulis novel, Kak Fatimah Syarha yang menyampaikan 'talk' yang bertajuk CINTA.

Bila dah dengar nama tajuk tu, mana tak gembirakan?? Jadi alhamdulillah, pengisian yang disampaikan semuanya sangat membantu dalam meng-introspektifkan diri, mencari jati diri di saat darah muda mula bergelora dan persediaan diri sebelum melangkah ke alam sebenar yang penuh dengan dugaan. Tidak lupa juga, dalam proses persediaan yang bakal menghadapi dunia luar atau dengan kata lain, nak masuk alam lebih dewasa.

Teringat kata-kata salah-seorang panel; 'cinta itu fitrah, maka mestilah fitrah itu digariskan
 oleh fikrah!' Wah! Sungguh mantap dan tepat ayat ini. Bila renung kembali, benar kata-kata ini. Kita diciptakn oleh Allah SWT dalam keadaan fitrah, maka fikrah itulah yang harus membimbing ke jalan yang syara berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.



Salah ke untuk berCINTA?!

Tidak dinafikan, setiap yang bergelar insan semestinya ada kecenderungan untuk bercinta dan dicintai. Dalam Islam juga, bercinta itu BOLEH dan ianya diTUNTUT! Tetapi ada garis panduan yang ditetapkan. Hal ini agar, manusia itu sendiri tidak terjerumus ke lembah kehancuran. Maruah diri dan keluarga, kehormatan dan 'mahkota' yang ada pada setiap diri manusia khususnya para wanita tidak dicemari oleh perkara-perkara yang terkutuk. Jadi mengapa kita sebagai manusia, tidak mengambil cakna hal ini? Adakah kerana kesibukan melayari bahtera 'kebahagiaan' bersama insan yang tidak sah (ajnabi) sehingga melupakan halal dan haram? Atau terlebih mementing si 'dia' daripada si 'Dia'?

Ketahuilah, bercinta sebelum berkahwin tidak akan tercapai kebahagiaan yang hakiki. Tetapi keburukan dam kesengsaraan itulah yang bakal mereka kecapi. Ya, saya kata ini bukanlah bererti saya dah berkahwin. Tetapi ini adalah teguran bersama. Saya, awak, kamu, kita, dan semuanya. Lihat dengan mata hati, jangan hanya pada mata kasar sahaja. Renung-renunglah cinta yang sebenar, bukan pada cinta yang penuh sandiwara ini.

Moga diri kita ini dilindungi oleh Allah SWT dari mana-mana perkara yang dibenci dan dimungkari olehNya. *Dalam diam dan study, juga berdoa agar dapat ditemukan 'insan' yang dapat membantu diri ini suatu hari kelak kerana saya juga ada fitrah ini. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment