Friday 15 June 2012

Muslimah itu...

Dia, aku menjengah dari jauh. Melihat kerendahan hatinya, mengunci.. pangkal hatiku.

Aku terpana. Insan yang amat ku tidak sukai suatu masa dahulu. Kini menjadi insan yang cuba aku hindari.

Ya. Dia merupakan sahibah yang sangat ku kenali bermula di alam sekolah rendah. Menjadi sebutan nakalan sahabat berterusan sehinggalah kami meningkat di alam menengah.

Rendah pandangannya, rendah lagi rasa diriku. Tinggi ilmunya, tinggi lagi kelemahan dan kekuranganku.

Bersama sahabat, dia menjaga rapi perbatasan syarak. Bersama sahibah, dia menyantuni rakan-rakannya dengan menyenangkan.

Orangnya serius, berpandangan optimis walaupun acapkali aku kurang bersepakat dengan pandangan yang diutarakan. Sikapnya yang kadang-kadang agak degil tetapi sangat matang dalam
membuat sebarang tindakan.

Kawan-kawan ku sering bergurau senda. Mencuit hatiku dengan usikan mereka. Melihat tawa mereka, aku terfikir adakah 'ia' boleh menjadi sebuah impian yang realisasi?

Aku bermonolog, apakah ini sesuatu yang menjadi fitrah insani? Bersulam kasih bersama redha Ilahi? Oh tidak. Masih jauh lagi perjalananku yang harus ku tempuhi.

Bagiku, dia merupakan insan yang baik. Bersama keturunan yang baik. Dipelihara dan dididik agar menjadikan Allah dan Rasul sebagai peneman di hati. Manakala alquran dan assunnah pula, sebagai pedoman hidup langkahnya. Aku?

Tidak lain, seorang insan yang bermain-main dengan dosa dan noda. Perubahan menjadi keazamanku, tapi ianya berpasakkan tiang yang amat goyah untuk bertahan.

Aku, sering berdoa agar aku dapat melakukan sederap langkah kehadapan bersama ruang peng-islahan diri dan pembaikian ini bukanlah atas dasar kerana diri dia. Tetapi keinginanku sendiri untuk berubah menjadi lebih baik.


..........................................
Kini, apa yang aku simpan, tidak lain adalah nasihat daripada abang dan kakak-ku; "Simpanlah dahulu hasratmu itu, sehinggakan pelajaran-mu mula stabil. Maka, insyaallah.."

Persoalan di sini... Dia? Siapakah dia? Allahua'lam...


*Ini hanyalah sebuah penulisan biasa. Cubaan ku untuk menghasilkan sesuatu yang kelainan. Tidaklah merujuk serujuknya kepada kisah hidupku. Tetapi hanyalah fantasi dunia penulisanku.




No comments:

Post a Comment